Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang

Hi semua. Sebagai seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru, Mya yakin ramai juga yang pernah bereksperimentasi dengan masakan. Dengan cubaan-cubaan macam nilah wujudnya resepi-resepi baru. Gabungan resepi sedia ada dengan idea baru yang adakalanya menjadi, adakalanya tidak. Namun, tidak begitu dengan Chef Noor Hisham dan pasukan kulinarinya dari Kafe The Buzz, Premiere Hotel. Mya rasa ramai yang masih tidak tahu mengenai salah satu keunikan hotel yang terletak di Klang ini yang mana menawarkan promosi makanan dan minuman berbeza pada setiap dua bulan. 


Sebagai seorang yang sukakan masakan yang pedas, terutamanya masak lemak resepi Negeri Sembilan, Mya sangat sukakan menu utama yang cuba diketengahkan pada awal bulan May hingga penghujung bulan Jun nanti. Acapkali kita mendengar mengenai itik atau ayam atau daging masak salai cili api. Tapi, semudah mana kita mendengar bahagian betis kambing (lamb shank) dijadikan salai? Dengan resepi masak lemak cili api daripada Negeri Sembilan, hidangan ini amatlah menyelerakan.


Usah gusar dan kuatir, hidangan Lamb Shank Salai Lemak Cili Api ini tidak datang bersendirian. Setiap set akan didatangkan dengan nasi putih, acar, telur masin, sambal belacan, sayur campur dan keropok. Very the traditional taste bud, kan? Tapi, memang sekali makan, akan terubatlah rasa rindu nak merentas sempadan ke negeri penuh budaya dan adat tu sebab daging kambing yang datang ke meja korang nanti disalai dengan baik di dalam pasu dan kemudiannya direneh perlahan, yang mana menyebabkan daging pada bahagian ini sangat mudah diasingkan dari tulang dan sangat lembut untuk dikunyah. Ada yang dah terbayang-bayang ke?


Nanti dulu. Tak sempurna sebenarnya kalau korang dah datang dan tak cuba menu kedua ini pulak. Nampak biasa tapi sebenarnya berbeza. Resepi Satay Telur Asin Goreng yang direka khas oleh Chef Hisham ini merupakan salah satu daripada menu baru yang unik tapi menyelerakan dimana daging satay disalut dengan tepung dan campuran serbuk roti bersama telur asin. Hasil gorengan ini sangatlah membuka selera di mana sataynya tidak berminyak dan rangup. Segalanya elok  ditambah lagi dengan kuah kacang, nasi impit dan timun. 


Jadi, kalau korang sama macam Mya yang suka cuba makanan baru dan unik, yang memang sedap dan membuka selera, korang kena terus buat reservation untuk set promosi ini yang dibuka bermula serendah RM 32 per set di sini. Terus angkat telefon dan hubungi Premiere Hotel di +603 3325 6828 atau emelkan ke fnb@premiere-hotel.wct.my. Malu? Boleh whatsapp ke Cik Mazlina di 012 449 6258. Terus singgah pun boleh sementara korang dah sampai ke Kompleks GM Klang tu. 

0 pendapat bernas .